Program Karnival Best Street Food 3.0 (Taklimat dan aktiviti Dashboard Komuniti dan KDB)
Tarikh | : 26 -29 Oktober 2017 (Khamis – Ahad) |
Masa | : 10.00 pagi – 10.00 malam |
Lokasi | : Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah. |
Peserta | : 70 orang peserta di khemah pameran / taklimat di khemah utama |
Tujuan | |
Program ini bermatlamat memperkenalkan usahawan yang mengusahakan gerai makanan popular di sekitar negeri Kedah khususnya daerah Pendang dan Padang Terap. Para usahawan ini turut dibantu oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia sekitar kawasan khususnya dari segi promosi dan pembangunan pasaran yang seterusnya menjadi tular dalam kalangan penggemar makanan jalanan. Program bersama pelbagai agensi (Forward Kedah selaku penganjur utama) ini turut mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya dalam menyumbang tenaga bagi menjayakan program berskala besar ini. Pusat Internet 1Malaysia turut memainkan peranan mengetengahkan penggunaan platform pelbagai guna iaitu Dashboard Komuniti (DK). Pendedahan maanfaat ICT diselitkan disamping panduan keselamatan penggunaan Internet bagi mengelakkan berlakunya jenayah Internet. |
|
Aktiviti | |
Selain pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pengajur utama, petugas Pusat Internet 1Malaysia bersama pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara turut mengambil peluang membuat pameran, aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah promosi dan taklimat Keselamatan Penggunaan Internet (Klik Dengan Bijak), Muat turun aplikasi Dashboard Komuniti (DK) di telefon bimbit, Pertandingan Dam Ular KDB & Dashboard Komuniti, Pemeriksaan Kesihatan Tekanan Darah (My Health) dan promosi e-waste (Kitar Semula Telefon Bimbit Rosak). |