mcmc
Laporan Aktiviti

Majlis Graduasi Kursus Bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M)

Majlis Graduasi Kursus Bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M)

Tarikh : 30 Oktober 2017 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Belimbing Kanan
Peserta : 30 orang wakil peserta
Tujuan 

Program ini diadakan sebagai simbolik penutupan Kursus bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M) yang telah dijalankan kepada lebih 160 orang peserta yang terdiri dalam kalangan penjawat awam, pekerja swasta dan belia. Bengkel ini berperanan memperkasakan Bahasa Inggeris dalam kalangan komuniti sekitar, sekaligus memfokuskan kepada peranan Pusat Internet 1Malaysia sebagai penghubung jaringan perkhidmatan yang memberi banyak manfaat kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu, Yang Berhormat Puan Hajah Kama Noriah Binti Haji Ibrahim dijemput menyampaikan sijil kepada wakil peserta yang hadir. Turut bersama pada majlis ini termasuklah pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara, media dari SKMM, Pengurus Wilayah Utara MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd., staf serta tenaga pengajar yang bertungkus – lumus mencurahkan ilmu sepanjang program ini dijalankan. 

 

Gambar Disini