mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti 2018

Mesyuarat Bersama Agensi untuk Program “RINDUMU YA RASULULLAH” Jom Berselawat & Doa untuk Palestin

Tarikh : 22 Januari 2018 (Isnin)
Masa : 2.30 petang – 5.30 petang
Lokasi : Bilik Mesyuarat Pejabat ADUN Pedu, Pekan Naka
Peserta : 15 orang wakil agensi / ahli mesyuarat
Tujuan 

Perbincangan lanjutan berkaitan maklumat program bersama pelbagai agensi bertujuan membentuk kerjasama dalam menjayakan program berskala besar.

   
Aktiviti 

3 orang wakil petugas Pusat Internet 1Malaysia turut dijemput bagi membincangkan perancangan dan pembahagian tugas bagi program yang dirancang bakal berlangsung bermula 25 Januari 2017. Setiap agensi diberikan tugasan mengikut bahagian masing – masing memandangkan pelbagai aktiviti dan pertandingan bakal berlangsung seperti Ceramah Agama, Solat Hajat, Pertandingan Marhaban dan Qasidah sehinggalah Majlis Penyampaian Hadiah dan penutup pada 3 Februari 2018.

 

Program Klik Dengan Bijak dan Dashboard Komuniti bersama warga Giat Mara

Tarikh : 18 Januari 2018 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 10.30 pagi
Lokasi : Giat Mara, Kuala Nerang, Kedah
Peserta : 34 orang peserta
Tujuan 

Program dengan kerjasama Giat Mara ini mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya penggunaan platform pelbagai guna iaitu Dashboard Komuniti (DK). Pendedahan maanfaat ICT diselitkan disamping panduan keselamatan penggunaan Internet bagi mengelakkan berlakunya jenayah Internet.

   
Aktiviti 

Wakil petugas Pusat Internet 1Malaysia mengambil peluang menjalankan aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah taklimat dan Bengkel Kesedaran Penggunaan Internet, Dashboard Komuniti dan aktiviti kuiz kahoot ICT.

 

 gambar disini

 

Mesyuarat Pusat Internet 1Malaysia Kluster Padang Terap

Tarikh : 18 Januari 2018 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi – 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Belimbing Kanan
Peserta : 9 orang petugas / ahli mesyuarat
Tujuan 

Perbincangan isu, cadangan dan maklumat program bertujuan membentuk kerjasama dalam menjayakan program berskala besar.

   
Aktiviti 

9 orang Pengurus Pusat Internet 1Malaysia terlibat bagi membincangkan isu, cadangan dan pembahagian tugas bagi program terdekat, dengan kerjasama pelbagai agensi lain yang bakal berlangsung bermula 25 Januari 2017 sehinggalah Majlis Penyampaian Hadiah dan penutup pada 3 Februari 2018. Program bersama MARA turut dijangka berlangsung pada 10 Februari 2018.