PEDi belimbingkanan, Kuala Nerang Kedah mengucapkan selamat datang ke laman web kami. PEDi merupakan inisiatif kerajaan malaysia meningkatkan jurang digital diantara penduduk luar bandar dan bandar. Program ini di anjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM dan MSD Digital Intelligence. Sebelum ini Pusat Ini Lebih dikenali sebangai Pusat jalur Lebar Komuniti (PJK) dan telah ditukar Pada Penghujung Tahun 2012 iaitu Pusat Internet 1Malaysia Sebanyak 12 PI1M Fasa Rintis, 73 Pusat untuk Fasa 1, 52 Pusat untuk Fasa 2 dan terbaru Fasa Felda iaitu sebanyak 31 pusat di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat luar bandar kepada pengunaan teknologi komputer dan ICT dalam kehidupan harian.
Lokasi : PEDi Belimbingkanan
Dewan JKKKP Kuala Nerang Selatan, 06300 Kuala Nerang Kedah
Waktu operasi Pusat Internet Belimbingkanan
Dibuka Setiap Hari Kecuali Cuti Umum
Bermula Jam 9.00 Pagi – 6.00 Petang
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat menjadikan PEDi Belimbingkanan sebagai rangkaian utama kepada setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti e- kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (SchoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Hasrat ini sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. Selain itu, ianya juga sejajar dengan kepesatan dan pembangunan perkhidmatan teknologi maklumat, kementerian berhasrat menjadikan Pusat internet sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :
1. E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
2. E-Pembelajaran (e-Learning)
3. Pengumpulan dan Pertukaran Maklumat usahawan
4. Pusat Komunikasi sehentian
5. Pusat Pembangunan Aplikasi berdasarkan Perkongsian Perisian
6. Pusat Peperiksaan dan Persijilan.
7. Khidmat nasihat dan jualan berkaitan dengan ICT