Pusat Internet 1Malaysia dahulunya dikenali sebangai Pusat Jalur Lebar Komuniti merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia. Projek Ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital dikalangan masyarakat luar bandar dengan komuniti sekitar.Objektif penubuhan Pusat internet 1Malaysia(PI1M) adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet dikawasan luar bandar dimana capaian internet agak terhad disamping itu juga Pusat internet juga dapat melahirkan ramai usahawan online dan celik IT.
Pusat Internet Belimbingkanan mula beroperasi pada penghujung tahun 2009 dan dirasmikan oleh Dato Syed Sobri Bin Syed Hasyim Adun Kuala Nerang Ketika Itu . Perkhidmatan yang disediakan di Pi1m
– Kelas asas ICT/ Kelas Untuk Usahawan Online
– Penggunaan Internet /Komputer
-Wifi Komuniti
– Pijaman Netbook 1Malaysia
-Sewa Bilik Latihan untuk Mesyuarat dan latihan di Pi1M