mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q3

Celik IT

Nama : AMIR MUSQASSI BIN ABDUL MAJID

Umur : 17Tahun
Ahli    : 2011


Latar Belakang

Beliau merupakan sukarelawan PI Belimbing Kanan yang mana telah mendapat bimbingan daripada petugas PI dalam melaksanakan kerja-kerja PI dan banyak membantu petugas dalam melaksanakan Program-program yang dilaksanakan oleh Cluster PI Padang Terap.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Minat yang mendalam terhadap ict tetapi tiada bantuan dari pihak sewajarnya menyebabkan beliau tidak meneruskan minat tersebut dan berhenti disitu sahaja.
Sebelum ini beliau hanya merupakan pengunjung PI tegar yang Mengunakan Aplikasi Youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Belimbing Kanan,  beliau kini telah memiliki kemahiran mengunakan Komputer  sama taraf dengan petugas PI yang mana jika ada kerja-kerja Luar yang petugas PI perlu laksanakan maka beliau mampu untuk menjaga dan boleh diharapkan untuk menjaga PI..

.

 

Usahawan 1

Nama : Norman bin Hassan Ludin

Umur : 46Tahun
Ahli    : 2015


Latar Belakang

Beliau adalah pengerusi Koperasi Padang Nyior Kedah Berhad dan juga pengurus kepada Makmal Pengembangan dan Pembenihan Kulat yang pertama di Malaysia

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM2000 sahaja sebulan ke RM10,000.00

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Belimbing Kanan,  beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil ternakan dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM30,000.

 

 

Usahawan 2

Nama : SITI NUR NAJIHA BINTI ABDUL RASHID

Umur : 20Tahun
Ahli    : 2013


Latar Belakang

Beliau adalah bekas pelajar sekolah menengah Syed Ahmad yang baru tamat dalam bidang pengajian menengah. Minat untuk menyambung pembelajaran menjadi kekangan kerana ingin meninggalkan keluarga tersayang kerana tidak ada orang yang dapat menjaga ibu bapanya. beliau menyediakan perkhidmatan menaip dan menjual toner printer secara online

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM350 sahaja sebulan ke RM550.00

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanandan kelas ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Belimbing Kanan,  beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perkhidmatan menaip dan produk beliau. Pelanggan beliau dari sekitar kuala nerang dan pokok sena yang mana mereka mengetahui perkhidmatan yang jalankan  beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2,000.