Advokasi (Bengkel Klik Dengan Bijak dan Dashboard Komuniti) bersama warga Felda Lubok Merbau
Tarikh | : 28 Januari 2018 (Ahad) |
Masa | : 8.30 pagi – 2.00 pagi |
Lokasi | : Felda Lubok Merbau, Padang Terap, Kedah |
Peserta | : 300 orang peserta |
Tujuan | |
Program dengan kerjasama pejabat Felda Lubok Merbau ini mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya penggunaan platform pelbagai guna iaitu Dashboard Komuniti (DK). Pendedahan maanfaat ICT diselitkan disamping panduan keselamatan penggunaan Internet bagi mengelakkan berlakunya jenayah Internet. |
|
Aktiviti | |
Sempena Karnival Muafakat Komuniti dan Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Felda Lubok Merbau pada 28 Januari 2018, wakil petugas Pusat Internet 1Malaysia mengambil peluang menjalankan aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah taklimat dan Bengkel Kesedaran Penggunaan Internet dan Dashboard Komuniti. Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Felda Lubok Merbau iaitu Shaibatul Hamdi Bin Abdullah turut dianugerahkan pemenang bagi kategori Pertandingan Penjenamaan semula Jambu Loceng Madu (Usahawan Felda Lubok Merbau). |
Gambar disini