Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Felda Lubok Merbau
Tarikh | : 27 / 09 / 2019 (Jumaat) |
Masa | : 9.00 pg – 4.00 Ptg |
Lokasi | : PI Felda Lubok Merbau |
Peserta | : 120 orang |
Tujuan
Program Hari Bersama Komuniti ini dijalankan bagi memperkenalkan Pusat Internet Felda Lubok Merbau kepada warga komuniti. Program ini merupakan kerjasama dengan Telekom Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi Malaysia dan MSD Digital Intelligence sdn.bhd. selain itu untuk memberi pendedahan keselamatan semasa melayari internet. Klik Dengan Bijak ( KDB) menyasarkan kanak-kanak dan remaja lebih terdedah kepada jenayah siber dan penyalahgunaan dalam talian. Oleh itu, program ini menyediakan langkah utama yang perlu diperhati dan diamalkan semasa melayari internet , sukaneka dan pelbagai acara menarik
Aktiviti
Antara aktiviti yang di jalankan ialah aktiviti sukaneka seperti Mewarna, zumba dan senam robik , Silang kata ICT , dan banyak lagi aktiviti menarik. Selain dari itu, program ini juga terdapat penyertaan dari pelbagai agensi antaranya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jualan dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dan pelbagai jualan dari usahawan setempat , jamuan makan, majlis perasmian dan penyampaian hadiah kepada pemenang