Kedah adalah salah sebuah negeri di Malaysia yang berkeluasan 9,426 km2 iaitu 2.9 % daripada keluasan Malaysia. Negeri ini mempunyai 12 daerah dan 133 mukim. Jumlah penduduknya adalah kira-kira 2,044,188 orang berdasarkan maklumat Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah. Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah iaitu kira – kira 14.39 % yang meliputi kawasan seluas 135684.41 hektar bersamaan 330799 ekar atau 1356.84 km persegi. Lokasinya terletak bersempadanan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadanan dengan daerah Sik dan Pendang.
[Sumber: Majlis Daerah Padang Terap]