mcmc
Maklumat Am

TAKTIK PENIPUAN – Menyalahgunakan Identiti YB Timbalan Menteri Kesihatan

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

KKM mengambil maklum penyebaran sebuah video yang menyalahgunakan identiti YB Timbalan Menteri Kesihatan untuk mempromosikan sebuah produk penjagaan diabetes di platform media sosial.

KKM menafikan sekeras-kerasnya kesahihan video ini, yang disyaki dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang kini mampu menghasilkan video dan kandungan audio-visual lain yang amat realistik.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk hanya menggunakan produk kesihatan yang berdaftar dengan KKM; serta tidak membeli sebarang produk kesihatan daripada penjual atau vendor yang tidak bertauliah, terutamanya melalui platform dalam talian.