mcmc
Persatuan Wanita

Wanita Hari Ini

WANITA KEMAS KUALA NERANG

   Pejabat KEMAS Parlimen Padang Terap diketuai oleh En. Hambali Bin Ahmad yang bertindak selaku penyelia kanan. Untuk Daerah Kuala Nerang, golongan wanita yang terlibat dalam pertubuhan Wanita KEMAS aktif menganjurkan kelas masakan, kelas menjahit, kelas komputer, dan bengkel untuk guru-guru Prasekolah KEMAS di sekitar Daerah Padang Terap.

   Kelas masakan dikendalikan oleh seorang penyelia yang berpengalaman iaitu Puan Zainab Binti Majid. Ia berlangsung seminggu sekali iaitu setiap hari Selasa. Penyelia akan menunjukkan cara-cara membuat roti, kek, masakan pengantin, lauk-pauk, puding dan sebagainya. Selain mengadakan program masakan, perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Wanita KEMAS Kuala Nerang ialah perkhidmatan katering untuk majlis kenduri kahwin, jamuan untuk jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta, dan tempahan-tempahan dari individu. 

   Penyelia bagi kelas jahitan Wanita KEMAS Kuala Nerang ialah Puan Rohani Binti Ahmad. Kelas jahitan diadakan setiap hari kecuali hari Jumaat. Kelas ini terbuka kepada kaum wanita yang berminat untuk mempelajari selok belok asas jahitan, membuat biskut, dan cara mengendalikan mesin jahit.

   Perjumpaan untuk para guru Prasekolah KEMAS Daerah Padang Terap diadakan setiap seminggu sekali. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk mengetahui masalah yang timbul di prasekolah masing-masing dan membincangkan jalan penyelesaiannya. Antara aktiviti-aktiviti yang sering dijalankan adalah membuat alat bantu mengajar dan ringkasan mengajar, manakala contoh aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan pula ialah mengadakan perbincangan untuk sesi keceriaan, lawatan, gotong-royong, perjumpaan waris, sukaneka, dan sebagainya.